Best Moment
Monday, 2 July 2012 | 12:24 pm | 0 comments
Hye guys! Hari ni aku taksekolah, cuti sendiri. Hahaha. Semalam, pukul 8.30 baru sampai sekolah, memang penat habis. Dari mana? Ni yang nak cerita ni. Jumaat hari tu, aku dengan pelajar 3rk, 3kaa dengan beberapa orang kelas 3a pergi kem kat Hulu Langat. Kem selama 3 hari 2 malam ni memang syok giler. Hari jumaat tu, kitorang balik pukul 10 sebab nak kemas-kemas semua. Lepas tu, pukul 2 datang sekolah balik.
Sampai tempat kem tu dalam pukul 5. Orang yang akan jaga kitorang tu ialah Wirajaya Consultant tak silap. Mula-mula sorang fesi ni, nama dia Cikgu Firdaus @ Daus bagitau kitorang pasal peraturan kat situ semua, lepas tu kitorang letak barang kat dorm then solat asar. Lepas tu berkumpul kat dewan sebab nak bahagikan kumpulan. Aku jadi penolong kumpulan 3. Lepas tu cikgu fesi yang lain kenalkan diri. Ada Cikgu Nazrin, Cikgu Shah, Cikgu Adibah, Cikgu Hidayah, Cikgu Farah, Cikgu Fadhil dengan Cikgu Radzi.
Then malam tu lepas hidmat diri, solat and makan, kitorang buat ice breaking. Kumpulan aku punya nama Pumanvillea sempena logo kumpulan kitorang iaitu puma dan bunga bouganvillea. Lepas buat presentation sume, kitorang minum malam and solat isyak. Lepas tu tido dalam pukul 1.30.
Esoknya, kitorang bangun pukul 4 sebab takut bilik air penuh. Lepas mandi semua, kitorang solat subuh. Lepas tu Cikgu Nazrin buat perkongsian dengan kitorang pasal kawan. Lepas tu kitorang buat senaman and sarapan. Then, kitorang main unsur sebatian. Lepas tu main permainan cari nama ahli kumpulan kat sekitar kawasan kem sambil kaki diikat antara ahli kumpulan. Lepas tu, kitorang berdebat rasanya. Debat parlimen pasal dua situasi. Then main permainan ape ntah, tapi budak lelaki je yang main. Lepas tu kitorang buat aktiviti luar, main tutup-tutup mata lepas tu cari kumpulan yang ade bunyi binatang sama macam kita. Lepas tu khidmat diri and bila malam kitorang debat lagi, pasal yakin 50-50 dengan 100%. Keadaan masa tu, perrgghh gawat hahaha. Lepas solat isyak, ade slot kapal karam, masa tu memang menangis je kerja, tapi slot tu memang menyedarkan. Dalam 1.30, kitorang dilepaskan balik dorm and tido.
Keesokan harinya, kitorang bangun lambat sikit, pukul 5. Lepas solat subuh and makan, kitorang panaskan badan, lepas tu siap-siap pergi junge trekking. Nak sampai puncak ambil masa dalam 2 jam lebih, bila dah sampai, memang puas giler sebab suasana cantik giler dengan air terjun dia yang sejuk habis. Lepas tu kitorang mandi kat situ dalam 40 minit then balik ke tapak kem yang ambil masa dalam sejam lebih je. Lepas makan, kitorang mandi and terus kemas beg lepas tu solat zohor. Then kitorang ade slot dariku untukmu. Lepas tu rumusan dan ucapan dari penghulu, pihak sekolah dengan pihat kem. Sebelum balik, cikgu-cikgu fesi buat persembahan, diorang menari :D Lepas tu, masa untuk salam-salam dengan cikgu, memang sedih masa tu, sebab semua cikgu best! Lepas tu kitorang tangkap gambar ramai-ramai then balik. Masa dalam bas, Cikgu Daus naik bas kitorang pastu babai kitorang, happy giler masa tu :') Then masa baru gerak, tiba-tiba bas lagi satu ade problem, kena tunggu repair. Sementara tu kitorang solat kat surau kejap. Dalam 6 lebih baru boleh gerak. Sampai btp dalam 8.30. Memang penat habis, tapi tak rugi langsung pergi kem tu sebab banyak benda kitorang belajar. Pasal amanah, disiplin, semangat setia kawan, bekerjasama and banyak lagi. Aku harap, satu hari nanti aku dapat jumpa cikgu-cikgu fesi tu lagi. Terima kasih banyak-banyak cikgu sebab mengajar dan berkongsi dengan kami tentang banyak perkara :')




